
Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menerima kunjungan hormat perkenalan daripada Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang yang baharu, Puan Muna Mohamed Jaafar di KOMTAR.
Pertemuan tersebut antara lain membincangkan hala tuju, struktur organisasi, aspek advokasi serta tatacara pengendalian kes di bawah Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang. Turut hadir, Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Wan Nor Sakina Saad.
Muna dilantik sebagai Pengarah Pendakwaan Negeri pada 21 September 2026. Sebelum pelantikan tersebut, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya Negeri dan mempunyai pengalaman mengendalikan beberapa kes di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

