UtamaBeritaMoA USD5 Juta Perkukuh Jaringan Perniagaan Malaysia–Indonesia

MoA USD5 Juta Perkukuh Jaringan Perniagaan Malaysia–Indonesia

Kerjasama perdagangan Malaysia–Indonesia terus diperkukuh menerusi pemeteraian Memorandum of Agreement (MoA) bernilai indikatif USD5 juta antara PT New Leverage Malindo Jaya (NLMJ), sebuah syarikat di bawah NL Group of Companies, dengan syarikat Malaysia, TerraDeca Sdn. Bhd.

NL Group of Companies diterajui Datuk Sr. Dr. Muhamad Farid Saad selaku Pengerusi Kumpulan NL Group dan Haji Mohd Nasri Haji Adnan selaku Pengarah Urusan Kumpulan NL Group.

Majlis berkenaan berlangsung sempena Persidangan Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) di Medan, Sumatera Utara dan disaksikan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid.

Menerusi kerjasama selama lima tahun itu, NLMJ akan bertindak sebagai pengimport produk biofertilizer dan bio-repellent keluaran TerraDeca untuk pasaran Indonesia.

NLMJ juga akan berperanan sebagai perunding kepada usahawan Malaysia dalam mendapatkan kelulusan regulatori berkaitan bagi memudahkan produk tempatan meneroka dan memasuki pasaran Indonesia.

Menurut Mohamad, kerjasama tersebut mencerminkan potensi platform IMT-GT sebagai pemangkin kepada jaringan perniagaan, pelaburan dan perdagangan rentas sempadan.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan terus meneroka peluang baharu di peringkat serantau yang mampu membuka pasaran lebih luas kepada syarikat dan usahawan Pulau Pinang.

WhatsApp Image 2026 09 14 at 3.23.35 PM 1
MoA USD5 Juta Perkukuh Jaringan Perniagaan Malaysia–Indonesia 3
WhatsApp Image 2026 09 14 at 3.23.36 PM 1 3
MoA USD5 Juta Perkukuh Jaringan Perniagaan Malaysia–Indonesia 4
RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments