Thursday, January 15, 2026
UtamaBerita485 Pelajar Terima Manfaat Baucar Kembali ke Sekolah

485 Pelajar Terima Manfaat Baucar Kembali ke Sekolah

AYER ITAM, 6 Jan – Seramai 485 pelajar daripada keluarga B40 di kawasan Parlimen Bukit Gelugor menerima manfaat melalui Program Baucar Kembali ke Sekolah 2026 yang berlangsung di Sunshine Central, Bandar Baru Farlim, di sini kelmarin.

Program melibatkan peruntukan berjumlah RM45,000 itu diagihkan mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu 256 baucar bagi DUN Paya Terubong, 179 baucar bagi DUN Air Itam, dan 50 baucar bagi DUN Seri Delima.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh yang hadir merasmikan program berkata inisiatif itu sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban kewangan keluarga bagi mereka yang memerlukan.

“Saya mahu anak-anak ini hadir ke sekolah dengan yakin, bersemangat dan lebih bermotivasi untuk memulakan sesi persekolahan yang baharu,” katanya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima Tan Hooi Peng, ADUN Paya Terubong Wong Hon Wai dan ADUN Air Itam Joseph Ng Soon Siang.

-AA-

Sumber : Malaysia Aktif

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments