Thursday, January 15, 2026
UtamaBeritaLebih sejuta penganut Hindu dijangka banjiri Pulau Pinang sempena Thaipusam

Lebih sejuta penganut Hindu dijangka banjiri Pulau Pinang sempena Thaipusam

GEORGETOWN ,5 Januari: Lebih sejuta penganut Hindu dan pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang sempena perayaan Thaipusam yang disambut pada 1 Februari depan.

Timbalan Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (LWHPP) Dr R Lingeshwaran berkata sehubungan dengan itu, persiapan rapi sedang giat dijalankan pihak kuil serta jawatankuasa terbabit bagi memastikan perayaan penting bagi kaum India itu berjalan lancar seperti tahun sebelumnya.

“Berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) tahun lepas, jumlah pengunjung hadir dianggarkan satu juta dan tahun ini kita jangkakan akan lebih lagi kerana sambutan berlangsung selama tiga hari bermula Sabtu dengan acara kemuncak pada Ahad, 1 Februari iaitu hari Thaipusam.

“Selain itu, ketibaan pelancong terutama dari India juga dijangka meningkat kali ini berikutan pembukaan semula penerbangan terus dari Chennai ke Pulau Pinang,” katanya ditemui pemberita di Kuil Thanneermalai Shree Balathandayuthapani Devasthanam di Jalan Kebun Bunga di sini hari ini.

Beliau memaklumkan pihaknya juga bekerjasama rapat dengan PDRM serta agensi berkaitan dalam merangka perancangan sambutan dari pelbagai aspek memandangkan ia adalah acara peringkat negeri dan berskala besar.

image 11
OKU, K Muniandy, 72, dibawa dengan pancuan empat roda ke Kuil Thannermalai Shree Balathandayuthapani di Jalan Kebun Bunga, di atas bukit. – Foto BERNAMA

Sementara itu, bersempena kedatangan Thaipusam, LWHPP hari ini mengambil inisiatif bekerjasama dengan pihak Kuil Thanneermalai Shree Balathandayuthapani Devasthanam bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU) ke kuil di atas bukit itu.

Lingeshwaran berkata inisiatif itu bagi memastikan golongan berkenaan yang berhajat melakukan upacara sembahyang serta menunaikan nazar dan hajat keagamaan dapat melaksanakannya dalam keadaan selamat tanpa perlu bersesak dengan orang ramai pada hari Thaipusam nanti.

“Tahun lepas kita bawa mereka menggunakan tenaga manusia dengan mendaki tangga, tetapi tahun ini, atas faktor keselamatan kita sediakan empat kenderaan pacuan empat roda dengan dibantu 40 sukarelawan membawa 60 warga emas dan OKU ke kuil itu hari ini,” katanya.

Beliau berkata langkah berkenaan bertujuan mengelakkan risiko kecederaan akibat penggunaan tangga yang curam khususnya kepada warga emas dan pesakit kurang upaya, di samping mengurangkan pendedahan kepada penyakit berjangkit seperti influenza serta penyakit berkaitan pernafasan.

Sumber : Berita Harian

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments