Thursday, January 15, 2026
UtamaBeritaEmpat wanita sesat di Bukit Cherok Tokun ditemui selamat

Empat wanita sesat di Bukit Cherok Tokun ditemui selamat

BUKIT MERTAJAM – Empat wanita yang dilaporkan sesat ketika melakukan aktiviti mendaki Bukit Cherok Tokun di sini pada Sabtu ditemui selamat menerusi operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 5.47 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, semua mangsa berusia 25 tahun itu menghubungi bomba dan berkongsi lokasi terkini melalui aplikasi WhatsApp bagi membantu usaha pengesanan.

“Dua mangsa ditemui jam 8 malam dalam keadaan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan sebelum diberi rawatan awal oleh anggota EMRS.

“Pasukan kemudian memperluas pencarian sehingga berjaya menemui baki dua mangsa yang turut berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan pada jam 11.03 malam,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

image 18
Operasi SAR dijalankan bomba dengan bantuan polis serta orang awam yang berada di kawasan pendakian tersebut.

John Sagun berkata, kesemua mangsa kemudian dibawa turun ke kaki bukit dengan selamat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, operasi SAR yang dilakukan dengan bantuan polis serta orang awam yang berada di kawasan pendakian tersebut tamat sepenuhnya pada 11.40 malam.

Sumber : Sinar Harian

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments