Saturday, May 2, 2026
UtamaBeritaMedia berperanan penting jayakan Kempen Internet Selamat

Media berperanan penting jayakan Kempen Internet Selamat

BATU KAWAN, 1 Disember – Media memainkan peranan penting dalam membantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggerakkan Kempen Internet Selamat.

Pengarah Penerangan Pulau Pinang Hazmiza Hussin berkata, bagi membantu menjayakan kempen tersebut, semua agensi media di negeri itu diberi penerangan, antaranya mengenai cara menangani kesan buruk yang berpunca daripada ledakan informasi tidak sahih.

Buat permulaan, satu sesi dialog diadakan dengan pengamal media di sini, hari ini.

“Kita menyebarluaskan hebahan tentang apa itu internet selamat untuk mewujudkan kesedaran kepada masyarakat umum, khasnya bagi kanak-kanak bawah umur 13 tahun dan semua rakyat Malaysia amnya mengenai ancaman ‘scammer’ dan sebagainya,” katanya kepada RTM.

Hadir sama ialah Pengarah MCMC Pulau Pinang, Mohd Fitri Hashim serta Pengarah Penyiaran Pulau Pinang, Nor Hisham Abbas.

Kempen Internet Selamat dilancarkan bagi memberi kesedaran bukan sahaja kepada masyarakat umum, tetapi juga kepada belia dan kanak-kanak agar mereka menyedari dan waspada tentang bahaya kandungan tidak sahih yang boleh mengancam keselamatan dan kesejahteraan pengguna internet.

Sumber : Berita RTM

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments