Wednesday, January 14, 2026
UtamaBeritaSolat hajat khas di semua masjid, surau Jumaat JAKIM dan JAWI, hari...

Solat hajat khas di semua masjid, surau Jumaat JAKIM dan JAWI, hari ini

Kuala Lumpur: Semua masjid dan surau Jumaat di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarah untuk melaksanakan solat hajat khas hari ini, selepas solat Jumaat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata solat hajat itu bagi memohon perlindungan Allah SWT agar negara dan rakyat dijauhkan daripada sebarang musibah termasuk banjir, ribut dan kerosakan harta benda serta segala bentuk ujian yang menimpa masyarakat.

“Semoga ia menjadi medan kita bermunajat memohon agar dipermudah segala urusan pasukan keselamatan, agensi kerajaan serta sukarelawan yang bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa terlibat, jua kita berdoa agar masyarakat yang diuji dikurniakan kekuatan, kesabaran dan perlindungan yang berpanjangan.

“Semoga dengan ikhtiar doa dan munajat seluruh umat, Allah SWT mengangkat segala kesulitan, menurunkan rahmat serta mengurniakan kesejahteraan kepada negara tercinta, Malaysia,” katanya menerusi hantaran Facebook semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip hari ini berkata penduduk di Selangor, Perak dan sebahagian Pahang dinasihatkan berwaspada kerana Ribut Tropika Senyar yang boleh menyebabkan cuaca tidak menentu dijangka melanda berterusan bermula seawal tengah malam semalam hingga Sabtu.

Ribut berkenaan juga dijangka turut memberi kesan kepada Kedah, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Sumber : Harian Metro

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments