Wednesday, April 22, 2026
UtamaBerita630 mangsa banjir di P.Pinang dan Kedah

630 mangsa banjir di P.Pinang dan Kedah

GEORGE TOWN, 24 November 2025 – Seramai 630 mangsa banjir membabitkan 175 keluarga masih ditempatkan di tujuh Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Pulau Pinang dan Kedah setakat jam 8 pagi ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pulau Pinang merekodkan 242 mangsa daripada 57 keluarga yang ditempatkan di empat PPS melibatkan dua daerah.

Di Seberang Perai Utara, tiga PPS masih beroperasi dengan 192 mangsa daripada 46 keluarga, manakala satu PPS di Seberang Perai Tengah menempatkan 50 mangsa daripada 11 keluarga.

Sementara itu di Kedah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN)memaklumkan daerah Kulim kekal sebagai satu-satunya daerah terjejas dengan 388 mangsa daripada 118 keluarga ditempatkan di tiga PPS.

PPS Masjid Al-Muhtadin Sg Seluang menempatkan 168 mangsa daripada 49 keluarga, PPS Surau Keda Naga Lilit mempunyai 45 mangsa daripada 14 keluarga, manakala PPS SK Permatang Tok Dikmencatat 175 mangsa daripada 55 keluarga.

Pemantauan rapi di semua kawasan terlibat masih diteruskan oleh agensi berkaitan mengikut keadaan cuaca dan paras air. – MalaysiaGazette

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments