Thursday, April 16, 2026
UtamaBeritaProjek blok wanita dan kanak-kanak HPP jangka siap menjelang 2027

Projek blok wanita dan kanak-kanak HPP jangka siap menjelang 2027

GEORGE TOWN, 20 November 2025 – Projek pembinaan Blok Wanita dan Kanak-Kanak di Hospital Pulau Pinang (HPP) dijangka siap sepenuhnya pada 19 Januari 2027, setelah mengambil kira lanjutan masa (EOT 3) yang telah diluluskan.

Exco Belia dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen berkata demikian dalam sesi Soalan Lisan sebagai respons kepada perkara yang dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Zulkefli Bakar.

“Kelulusan lanjutan masa tersebut diberikan susulan penambahan keluasan lantai kasar (GFA) hasil sesi Room Data Interaction (RDI) bersama dengan pihak pengguna bagi memenuhi keperluan pengoperasian terkini serta pematuhan kepada standard kesihatan semasa.

“Projek ini memerlukan penyesuaian reka bentuk untuk menampung keperluan semasa perkhidmatan kesihatan.

“Justeru, penambahan GFA adalah penting bagi memastikan fasiliti baharu ini mampu beroperasi dengan standard tertinggi,” jelasnya lanjut.

Zi Sen yang juga ADUN Padang Lalang turut memaklumkan bahawa walaupun berlaku lanjutan masa, kerja-kerja pembinaan kini berjalan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Agensi pelaksana sentiasa melakukan pemantauan rapi bagi memastikan projek berkenaan disiapkan sepenuhnya mengikut tarikh yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL
Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS & LAW SUUN TING

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments