Monday, March 9, 2026
UtamaBeritaKPDN Pulau Pinang terima tiga lagi aduan berkaitan BUDI95

KPDN Pulau Pinang terima tiga lagi aduan berkaitan BUDI95

GEORGE TOWN, 11 November 2025 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menerima tiga lagi aduan berkaitan pelaksanaan program Budi Madani RON95 (BUDI95), menjadikan keseluruhan 12 aduan direkodkan sejak program itu dilaksanakan pada 30 September lalu.

Pengarahnya, S. Jegan berkata, semua aduan berkenaan membabitkan aspek teknikal dan sukatan bahan api di stesen minyak.

“Setakat ini, tiada mana-mana stesen minyak di negeri ini dikenakan tindakan selepas pemeriksaan dijalankan hampir setiap hari oleh pegawai penguat kuasa KPDN.

“Pemantauan berterusan juga dilakukan bagi memastikan pelaksanaan program BUDI95 berjalan lancar serta mengelak sebarang penyelewengan atau ketidakpatuhan di peringkat stesen minyak,” katanya ketika diminta mengulas mengenai aduan berkaitan BUDI95 yang diterima KPDN negeri ini.

Terdahulu, Jegan melancarkan Program Pasar PATUH (3P) serta melakukan tinjauan harga di Pasar Chowrasta, Jalan Penang di sini, hari ini.

Pada 30 Oktober lalu,  sembilan aduan awal diterima pihaknya turut melibatkan isu sama, namun hasil siasatan mendapati tiada penyelewengan dikesan kerana sukatan bahan api di pam adalah tepat.

Beliau ketika itu menjelaskan kebanyakan aduan berpunca daripada tanggapan pengguna yang merasakan jumlah petrol diisi tidak sepadan dengan bayaran dibuat, sedangkan ujian dijalankan menunjukkan bacaan pam menepati sukatan sebenar. – MalaysiaGazette

Sumber : Malaysia Gazette

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments