Saturday, May 2, 2026
UtamaBeritaTabika Kemas Autisme bermula tahun depan – TPM

Tabika Kemas Autisme bermula tahun depan – TPM

KUALA LUMPUR – Bermula tahun depan, taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) akan diperluaskan khusus kepada kanak-kanak autisme.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

“Selain memperluas Tabika Kemas Pra Tahfiz, kami juga menyantuni masalah autisme yang mana tahun hadapan, setiap negeri kita akan membina Tabika Kemas Autisme,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi Penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan 2026) di Dewan Rakyat semalam.

Ahmad Zahid berkata, beliau juga berhasrat untuk menyediakan sebuah Tabika Kemas Autisme di setiap daerah menjelang 2027.

“Kalau anak-anak autisme dihantar belajar di Tabika di luar Kemas, kosnya terlalu mahal dan mungkin akan menimbulkan bebanan kewangan kepada ibu bapa.

“Oleh itu, kita lakukan perkara itu (perkenal Tabika Kemas Autisme),” katanya lagi.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, kerajaan menjangkakan penyertaan pelajar lepasan sekolah mengikuti Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan melonjak 70 peratus pada akhir Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Jelasnya, sehingga kini seramai 439,000 pelajar menyertai TVET yang majoriti dari luar bandar.

“Generasi alpha (dirujuk mereka yang lahir pada 2013 hingga 2020) yang akan datang ini, lebih daripada 53.9 peratus (perlajar) sudah mengambil kursus-kursus (TVET) ini,” tambah beliau.

Terdahulu, beliau berkata, kerajaan berharap TVET akan menjadi  antara bidang pengajian utama dan pilihan pelajar.

“Apabila pertanggungjawaban ini diberikan kepada saya untuk pengerusikan Majlis TVET Negara, ketika itu peruntukan diberikan kepada 12 kementerian yang berbeza (mengawal selia TVET), keseluruhannya sebanyak RM6.8 bilion.

“Setahun kemudian, dipertingkatkan kepada RM7.5 bilion dan tahun hadapan seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia meningkat kepada RM7.9 bilion.

“Ertinya kerajaan memberikan keprihatinan terhadap TVET dan keutamaannya ialah pelajar-pelajar di luar bandar,” katanya lagi.-MalaysiaGazette

Sumber : Malaysia Gazette

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments