Sunday, April 19, 2026
UtamaBeritaPulau Betong Terima Manfaat RM1 Juta, Dipilih Sebagai Kampung Angkat MADANI

Pulau Betong Terima Manfaat RM1 Juta, Dipilih Sebagai Kampung Angkat MADANI

PULAU BETONG, 23 Sep – Kampung Pulau Betong bertuah apabila dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI kepada Kementerian Kewangan, sekali gus menerima peruntukan RM1 juta bagi menaik taraf pelbagai prasarana dan kemudahan asas untuk kesejahteraan penduduk.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata dana berkenaan disalurkan bagi membina Medan Selera Pulau Betong, membaik pulih Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), menaik taraf kawasan rekreasi Kuala Pulau Betong serta jeti nelayan dan pemasangan lampu solar dan papan tanda warisan turut dilaksanakan bagi memberi nilai tambah kepada kawasan tersebut.

image 121
Amir Hamzah (dua dari kiri) berkata program kampung angkat ini menyokong agenda Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan penduduk dan pembangunan yang seimbang.

“Masjid Ar Raudhah Pulau Betong turut menerima manfaat melalui kerja-kerja naik taraf dewan mesyuarat, pejabat jurunikah serta sistem pendawaian elektrik.

“Jeti nelayan pula dibaik pulih bumbungnya demi keselesaan nelayan disitu,” katanya kepada pemberita semasa sesi libat urus tinjauan projek-projek yang telah siap dibina di Kampung Angkat MADANI, di sini semalam.

Menurutnya lagi, Kampung Pulau Betong dipilih kerana lokasinya yang strategik berhampiran Kuala Pulau Betong, selain memiliki potensi besar untuk dimajukan menerusi pelancongan warisan, aktiviti riadah dan peluang keusahawanan.

Lebih membanggakan penduduk Pulau Betong sendiri menunjukkan semangat gotong-royong tinggi dalam menjayakan projek yang dilaksanakan.

-RI

Sumber : Malaysia Aktif

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments