Wednesday, December 17, 2025
UtamaBeritaPM Anwar seru umat Islam hayati teladan Rasulullah SAW dalam pembinaan negara

PM Anwar seru umat Islam hayati teladan Rasulullah SAW dalam pembinaan negara


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam menjadikan teladan Rasulullah SAW sebagai panduan dalam usaha membina bangsa dan negara yang berteraskan nilai kemanusiaan serta keadilan.

Menurutnya, sosok Rasulullah SAW bukan sekadar peribadi unggul, malah simbol perpaduan dan kepimpinan, khususnya ketika membangunkan masyarakat di Madinah yang berasaskan nilai tauhid, keilmuan, akhlak dan kedaulatan hukum.

“Rasulullah SAW menawarkan wawasan dan aspirasi kemanusiaan yang menyerlahkan suara kejujuran serta kejernihan jiwa, terus menjadi panduan hingga kini.

“Baginda meletakkan asas-asas kemadanian seperti martabat insan, prinsip keadilan, ilmu, akhlak serta nilai kemanusiaan berasaskan ajaran agama,” katanya dalam perutusan sempena Maulidur Rasul, pada Jumaat.

Anwar menegaskan, masyarakat madani yang dibentuk oleh Rasulullah SAW di Madinah adalah contoh umat unggul atau khayra ummah, iaitu umat yang dicirikan oleh iman, nilai kebaikan, manfaat kepada manusia sejagat, serta beriltizam menegakkan perkara ma’ruf dan membanteras kemungkaran.

Beliau turut mengingatkan firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 110 yang menegaskan bahawa umat Muhammad adalah sebaik-baik umat kerana menyuruh kepada kebaikan, melarang kemungkaran dan beriman kepada Allah.

“Berakar kepada sunnah kenabian dan rahmah Allah SWT, marilah kita hadapi ranjau dalam kembara membina bangsa dan negara dengan contoh serta hikmah ar-Rasul.

“Semoga penghayatan mendalam terhadap ajaran dan warisan Baginda akan memandu kita bekerja lebih kuat, berdisiplin dan optimis terhadap masa depan umat,” katanya.

Sumber : Astro Awani

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments