Saturday, May 30, 2026
UtamaBeritaSMK Batu Maung Juara Pengisahan Kenegaraan Pulau Pinang 2025

SMK Batu Maung Juara Pengisahan Kenegaraan Pulau Pinang 2025

BAYAN LEPAS, 16 Jul (MalaysiaAktif) – Kumpulan Gema Nusantara dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Maung muncul Johan Pertandingan Pengisahan Kenegaraan @ Kelab Malaysiaku 2025 Peringkat Negeri Pulau Pinang yang berlangsung di sekolah berkenaan, semalam.

Kumpulan ini memilih pengisahan bertajuk ‘Lembaran Kisah Seutas Gelang: Datuk Siti Rahmah Kassim’, yang mengangkat kisah pengorbanan tokoh wanita dalam perjuangan kemerdekaan.

Penceritaan penuh emosi dan sarat nilai patriotisme itu memikat hati juri, sekali gus melayakkan kumpulan ini menerima piala kejuaraan, sijil penyertaan dan wang tunai RM1,000.

image 118
Kumpulan Gema Nusantara dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Maung dinobatkan sebagai johan dalam Pertandingan Pengisahan Kenegaraan @ Kelab Malaysiaku 2025 Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Dengan kejayaan ini, Gema Nusantara akan mewakili Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan di Putrajaya, September nanti.

Guru Penyelaras Kelab Malaysiaku Rosmawamurni Ismail, menzahirkan rasa bangga terhadap usaha dan komitmen para pelajar yang berlatih sepenuhnya atas inisiatif sendiri.

image 120
Wakil Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Dr. Mohd Suhairi Arumugam Abdullah, hadir merasmikan Pertandingan Pengisahan Kenegaraan @ Kelab Malaysiaku 2025 Peringkat Negeri Pulau Pinang.

“Kami akan terus memperkemas penceritaan untuk memberi saingan terbaik di peringkat kebangsaan nanti,” katanya yang juga amat menghargai sokongan dan bimbingan daripada Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya sepanjang persediaan dilakukan.

Pertandingan anjuran Jabatan Penerangan ini disertai enam sekolah menengah dan menjadi platform menyemarakkan semangat kenegaraan dalam kalangan generasi muda, seiring aspirasi Malaysia MADANI.

Program ini dirasmikan wakil Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Dr. Mohd Suhairi Arumugam Abdullah, yang menegaskan pengisahan sejarah sebagai medium berkesan membina jati diri bangsa.

Pengarah Penerangan Negeri Hasmiza Hussin, menyifatkan pertandingan ini sebagai usaha menyemai kefahaman terhadap dasar kerajaan dan memperkukuh perpaduan melalui seni bercerita.

-RI

Sumber : Malaysia Aktif

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments