Thursday, December 4, 2025
UtamaBeritaPulau Pinang terima penerbangan Phnom Penh-Pulau Pinang Cambodia Airways

Pulau Pinang terima penerbangan Phnom Penh-Pulau Pinang Cambodia Airways

GEORGETOWN: Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) terus memperkukuh peranannya sebagai hab penerbangan serantau apabila menyambut ketibaan perkhidmatan terus baharu oleh Cambodia Airways dari Phnom Penh, sekali gus menjadi syarikat penerbangan asing ke-18 yang beroperasi di lapangan terbang itu.

Laluan terus pertama antara Phnom Penh dan Pulau Pinang itu beroperasi dua kali seminggu menggunakan pesawat Airbus A320 dan merupakan laluan antarabangsa kedua Cambodia Airways ke Malaysia selepas Phnom Penh–Kuala Lumpur.

Pengarah Urusan Malaysia Airports, Dato’ Mohd Izani Ghani berkata, kemasukan Cambodia Airways sebagai syarikat penerbangan baharu kedua ke PEN tahun ini selepas Sichuan Airlines, memperkukuh kedudukan Pulau Pinang sebagai pintu masuk strategik ke wilayah utara negara dan rantau ASEAN.

“Laluan baharu ini sejajar dengan Pelan Induk Konektiviti ASEAN 2025 dan mencerminkan komitmen Malaysia untuk memperdalam integrasi serantau. Ia membuka peluang baharu dalam perdagangan dan kerjasama rentas sempadan, sekali gus meletakkan Pulau Pinang sebagai nod penting dalam rangkaian ekonomi ASEAN,” katanya.

Selain Kemboja, Pulau Pinang turut menawarkan penerbangan terus ke negara jiran utama ASEAN seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam dan Myanmar, mengukuhkan kedudukannya sebagai hab perdagangan dan pelancongan yang semakin pesat berkembang.

Malaysia Airports berkata, ketibaan Cambodia Airways adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperluaskan rangkaian laluan dan meningkatkan kesalinghubungan penumpang menjelang kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Dari Januari hingga Mei 2025, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang mencatatkan pergerakan penumpang seramai 3.4 juta orang, meningkat 12 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Daripada jumlah itu, 53 peratus adalah penumpang antarabangsa manakala baki 47 peratus penumpang domestik.

Sumber : Berita Harian

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments