Friday, December 5, 2025
UtamaBeritaSertai Program Hiking dan Makan Durian 2025, anjuran Pejabat Parlimen Bayan Baru

Sertai Program Hiking dan Makan Durian 2025, anjuran Pejabat Parlimen Bayan Baru


BATU UBAN
 – Program Hiking dan Makan Durian 2025 bakal menghangatkan komuniti setempat di Bayan Baru melalui penganjuran aktiviti mendaki bukit sambil menikmati durian segar pada 13 Julai ini.

Program tersebut adalah hasil daripada kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin bersama dengan Persatuan Pekebun Kecil Sungai Ara.

Menurut Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Chan Soon Aun, program itu bukan sahaja bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan kekeluargaan, tetapi juga untuk memperkenalkan khazanah tersembunyi di kawasan Sungai Ara.

image 96
CHAN Soon Aun.

“Motif utama program ini adalah untuk mempromosikan durian di kawasan Sungai Ara, yang turut menghasilkan durian berkualiti tinggi setanding dengan kawasan lain seperti Balik Pulau.

“Pada masa yang sama, kami ingin menggalakkan orang ramai menerokai keindahan khazanah alam semula jadi di sini,” katanya kepada Buletin Mutiara pada sidang media tersebut di Pejabat Parlimen Bayan Baru di sini, kelmarin.

Soon Aun berkata, peserta yang mendaftar dengan bayaran sebanyak RM40 akan menerima pelbagai manfaat termasuk sehelai t-shirt eksklusif, sijil penyertaan, sarapan halal, dan sekotak durian Sungai Ara di puncak bukit.

“Dengan laluan sejauh 4.3 kilometer, peserta berpeluang menikmati pemandangan indah sambil mendaki.

“Program ini turut menawarkan hadiah menarik seperti Durian Tupai King sebagai hadiah utama untuk cabutan bertuah,” ujarnya.

image 98

Mengulas lanjut, Chan Soon Aun menjelaskan bahaw pihaknya menyasarkan seramai 1,000 penyertaan dan berharap program tersebut dapat dikembangkan lagi pada masa akan datang.

“Ini merupakan penganjuran kali kedua yang mana pada tahun lepas kita telah berjaya menarik seramai 600 peserta,” jelasnya.

Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman Facebook Pejabat Parlimen Bayan Baru, di mana peserta akan diberikan atur cara dan t-shirt 1 hingga 2 hari sebelum acara.

Tarikh tutup pendaftaran: 25 Jun 2025

Pautan pendaftaran:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeX8AeKpBqIYA3JM9f8gb87tOND0zqDZCuZfUPMWL5spkVP4Q/viewform?usp=dialog

image 101
image 99

Oleh: M. DANESWARAN
Gambar: ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments