Tuesday, February 10, 2026
UtamaBerita2.6 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang Aidilfitri ini

2.6 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang Aidilfitri ini

GEORGETOWN: Kira-kira 2.6 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang menerusi Lebuhraya Utara-Selatan dan Jalan Persekutuan sempena sambutan Aidilfitri kali ini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata ia berdasarkan jangkaan aliran trafik menerusi Op Selamat 24 sempena Aidilfitri bermula 29 Mac hingga 3 April ini.

Katanya, angka itu bukan sahaja disumbangkan oleh penduduk Pulau Pinang pulang kampung, malah pengguna negeri lain yang menggunakan dua laluan itu sebagai transit.

“Pulau Pinang berada di tengah antara Kedah dengan Perak, jadi kita jangka aliran trafik tinggi di beberapa kawasan khususnya lebuh raya yang menghubungkan tiga negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perhimpunan Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218 peringkat Kontinjen Pulau Pinang di sini, hari ini.

Mohd Alwi seramai 331 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan bertugas sepanjang tempoh Op Selamat 24.

Katanya, hanya 10 peratus daripada kira-kira 6,700 anggota dan pegawai polis Kontinjen Pulau Pinang dibenarkan bercuti bagi meraikan sambutan Aidilfitri kali ini.

Menurutnya, penguatkuasaan dan pemantauan termasuk membabitkan Op Selamat dan Op Pencegahan Jenayah akan dijalankan seperti biasa.

“Ia bagi menjaga keselamatan dan kepentingan harta benda awam kerana pada musim cuti perayaan, ramai yang meninggalkan rumah masing-masing bagi pulang ke kampung.

“Masyarakat juga diminta supaya memaklumkan balai polis berhampiran jika pulang ke kampung supaya pemantauan dapat di buat di kawasan perumahan berkenaan,” katanya.

Sumber : Berita Harian

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments