Thursday, April 23, 2026
UtamaBeritaKerjasama erat AADK dan Kerajaan Negeri harap diteruskan

Kerjasama erat AADK dan Kerajaan Negeri harap diteruskan

GEORGE TOWN – Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang yang baharu, Roswati Apin berharap kerjasama erat badan tersebut dengan Kerajaan Negeri dapat diteruskan lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow dekat Komtar di sini pada Jumaat.

“Saya difahamkan bahawa sebelum ini, kerjasama AADK dan Kerajaan Negeri sangat baik di bawah mantan Pengarah (Elmariah Chung).

“Diharapkan hubungan baik dan kerjasama ini dapat diteruskan lagi ke arah lebih positif,” ujarnya.

Hadir sama, Pengarah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Mertajam, Wan Madihi Wan Salleh dan Pengarah PUSPEN Kampung Selamat, Wan Helmy Wan Ab. Rahman.

Ditanya oleh Kon Yeow berkenaan jumlah klien semasa, Roswati memaklumkan bahawa di Pulau Pinang terdapat lebih 11,000 klien AADK yang ditempatkan di PUSPEN seluruh negeri.

“Daripada jumlah ini sebenarnya terdapat klien yang datang dari luar Pulau Pinang seperti Kedah dan Perak.

“Daerah Timur Laut (DTL) mencatatkan kes dadah tertinggi manakala Seberang Perai Tengah (SPT, kedua,” katanya yang sudah memulakan tugas selama tiga minggu di negeri ini.

Roswati yang berasal dari Ranau, Sabah sebelum ini berpengalaman sebagai Pengarah PUSPEN Papar, Sabah, Pengarah PUSPEN Bukit Mertajam dan juga Pengarah Pusat Latihan AADK Malaysia.

Selamat Menjalankan Tugas!

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments