Thursday, April 23, 2026
UtamaBeritaPerkasa TVET: Captain 88 sumbang RM100,000 untuk sekolah di Pulau Pinang

Perkasa TVET: Captain 88 sumbang RM100,000 untuk sekolah di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 1 Februari- Sejumlah RM100,000 peruntukan diberikan persatuan kebajikan dan pendidikan, 88 Captain kepada Yayasan Amal TYT.

Ini bagi tujuan pembekalan “smartboard” kepada 10 buah sekolah sekitar Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, persatuan itu juga kini giat menjalinkan kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi (IPT).

Ini bagi memastikan golongan muda di negeri itu berpeluang menceburi Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta pendidikan digital secara menyeluruh.

“Mereka sudah jalinkan kerjasama dengan beberapa buah institursi pendidikan tinggit dengan tujuan untuk pastikan pelajar dapat peluang bekerja dan berpeluang untuk berkerja di industri supaya apabila mereka tamat belajar, mereka sudah ada pengalaman amali dengan kilang-kilang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina 2025 Captain 88 di George Town.

Sumber : Berita RTM

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments