Thursday, April 23, 2026
UtamaBeritaKomitmen Kerajaan Perkukuh Agenda Pembangunan Islam Pulau Pinang

Komitmen Kerajaan Perkukuh Agenda Pembangunan Islam Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM, 31 Jan – Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus memperkukuh agenda pembangunan agama Islam melalui lima teras utama iaitu sosioekonomi, pendidikan, keluarga, anak muda serta dakwah dan tarbiah.

Menurut Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid, kerajaan negeri sentiasa memberi komitmen penuh berkaitan hal ehwal agama Islam.

image 171

“Usaha ini perlu dihayati oleh seluruh umat Islam di negeri ini bagi memastikan pembangunan agama terus seiring dengan kemajuan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat di Masjid Jamek Kubang Ulu bersama penduduk setempat, di sini semalam.

image 173

Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Jamek Kubang Ulu ini merupakan siri kedua selepas penganjuran di Masjid Jamek Simpang Empat Permatang Buloh, Seberang Perai Utara (SPU).

Majlis dimulakan dengan solat berjemaah dan bacaan Yasin, diikuti penyampaian kit bantuan kepada asnaf dan sumbangan RM6,000 kepada Masjid Jamek Kubang Ulu.

-AA-

Sumber : Malaysia Aktif

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments