Wednesday, December 17, 2025
UtamaBeritaKemeriahan rumah terbuka pupuk kebersamaan rakyat dan Kerajaan Negeri – Kon Yeow

Kemeriahan rumah terbuka pupuk kebersamaan rakyat dan Kerajaan Negeri – Kon Yeow

PANTAI JEREJAK – Kira-kira 10,000 tetamu daripada pelbagai latar belakang membanjiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow yang berlangsung dekat sini pada 30 Januari 2025.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri (TYT), Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri, Toh Puan Khadijah Mohd. Nor.

Kon Yeow dalam sesi sidang media menyatakan bahawa kemeriahan yang dizahirkan rakyat Pulau Pinang pada penganjuran majlis berkaitan telah memperkukuh keharmonian antara kaum di negeri ini.

image 161

“Sebagaimana signifikannya (sambutan rumah terbuka) pada tahun-tahun lepas, nampaknya keadaan sangat meriah dengan kehadiran pelbagai pihak daripada berlainan latar belakang di negeri ini.

“Persembahan-persembahan juga agak unik pada tahun ini maka (majlis hari ini) boleh disimpulkan sebagai satu majlis yang mampu memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat,” ujarnya.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato’ Law Choo Kiang bersama isteri; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Zulkifli Long serta isteri; barisan Exco Kerajaan Negeri; para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN); Datuk Bandar bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Dato’ Ir. A. Rajenderan serta isteri; ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan serta tetamu-tetamu kehormat lain.

image 163

Acara pembukaan menyaksikan Ahmad Fuzi bersama-sama Kon Yeow dan dif-dif kehormat menyempurnakan acara ‘lor sang’ di meja utama.

Serentak itu, majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan menarik seperti tarian singa; tarian moden oleh kumpulan Euphoria; persembahan Penang Philharmonic Orchestra (PPO); persembahan muzik oleh kanak-kanak istimewa dan persembahan gendang tradisional serta nyanyian.

Pada akhir majlis, Kon Yeow dan isteri berkesempatan mengedar ‘angpau’ kepada kanak-kanak serta penghuni rumah-rumah kebajikan yang dijemput khas.

image 164
image 165

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL

Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR & AHMAD ADIL MUHAMAD

Video : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI & SITI NURATIKAH RAHMAT

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments