Saturday, December 6, 2025
UtamaBeritaGeorge Town bandar paling sesak, Kota Bharu sekali

George Town bandar paling sesak, Kota Bharu sekali

PETALING JAYA – George Town, Pulau Pinang dinobatkan sebagai bandar paling sesak di Malaysia.

Menurut TomTom Traffic Index 2024, bandar tersebut dikategorikan sesak susulan purata masa perjalanan per 10 kilometer di bandar itu ialah selama 27 minit.

Data tersebut turut menunjukkan George Town menduduki tempat ke-73 bandar sesak di dunia.

Selain itu, menduduki tempat kedua tersesak di negara ialah Kota Bharu, Kelantan dengan catatan purata masa perjalanan per 10 kilometer ialah selama 23 minit.

Turut tersenarai sebagai bandar ketiga tersesak di negara ini ialah Ipoh, Perak dengan purata perjalanan selama 22 minit per 10 kilometer.

Katanya, masa perjalanan, tahap kesesakan dan kelajuan adalah berdasarkan data perjalanan yang dikumpul daripada pemandu dalam kawasan bandar. – KOSMO! ONLINE

Sumber : Kosmo

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments