Tuesday, April 21, 2026
UtamaBeritaBelanjawan 2025: Pulau Pinang sambut baik penubuhan UTC baharu

Belanjawan 2025: Pulau Pinang sambut baik penubuhan UTC baharu

GEORGE TOWN- Kerajaan Pulau Pinang menyambut baik Belanjawan 2025 yang mengumumkan penambahan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Seberang Perai.

Inisiatif itu dijangka memberikan manfaat besar kepada penduduk setempat dengan menyediakan akses mudah kepada pelbagai perkhidmatan di satu lokasi.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata penubuhan UTC baharu tersebut bukan sahaja memudahkan orang ramai menyelesaikan urusan mereka, tetapi juga membawa perkhidmatan lebih dekat dengan komuniti.

Pada masa ini, Pulau Pinang hanya mempunyai satu UTC yang terletak di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR).

“Saya mengalu-alukan keputusan ini. Penambahan UTC di Seberang Perai akan mengurangkan kesesakan di UTC KOMTAR dan memenuhi keperluan komuniti. Saya percaya Kementerian Kewangan telah mempertimbangkan permohonan ini dengan teliti, dan ia membuktikan terdapat keperluan untuk satu lagi UTC,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Hari Terbuka Tahunan Salvation Army Penang di Jalan Logan di sini pada Sabtu.

Pada Jumaat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penubuhan UTC di Seberang Perai semasa pembentangan Belanjawan 2025.

Sumber : Berita RTM

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments