Saturday, April 18, 2026
UtamaBeritaLampu hiasan Deepavali angkat semangat muhibah Seri Delima

Lampu hiasan Deepavali angkat semangat muhibah Seri Delima

SERI DELIMA – Kurang daripada sebulan, masyarakat beragama Hindu akan menyambult Hari Deepavali atau sinonim dengan pesta cahaya.

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Connie Tan Hooi Peng mengambil inisiatif menceriakan sebahagian Jalan Masjid Negeri (hadapan jejantas Shell) dengan hiasan lampu bertemakan perayaan itu sepanjang 600 meter.

image 37

Ini merupakan projek kerjasama dengan DS Asia Group yang menelan kos RM40,000 dan dibiayai oleh pihak syarikat terbabit termasuk di Jalan Yeap Chor Ee.

image 39

“Lampu hiasan di sini sememangnya mengangkat semangat muhibah, perpaduan dan kebersamaan semua kaum di DUN Seri Delima yang mana setiap perayaan kita akan hias jalan di sini,” ujar Hooi Peng ketika melawat kerja-kerja pemasangan lampu tersebut petang 4 Oktober lalu.

image 41

Beliau berharap sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat dinikmati oleh pengguna jalan raya yang melalui Jalan Masjid Negeri.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : SITI NURATIKAH RAHMAT

SUMBER : BULETIN MUTIARA

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments