Monday, October 13, 2025
UtamaJenayahJIM tahan sembilan warga asing, langgar syarat permit

JIM tahan sembilan warga asing, langgar syarat permit

Georgetown: Jabatan Imigresen (JIM) Pulau Pinang membongkarkan kegiatan pekerja asing yang melanggar syarat permit dengan bekerja di sektor berbeza menerusi tiga serbuan berasingan semalam.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang dalam kenyataannya berkata, dalam serbuan itu, seramai 13 warga asing diperiksa dan sembilan daripadanya ditahan kerana disyaki melanggar syarat pas.

“Mereka diperiksa dalam serbuan yang dilaksana di Lebuh Sungai Pinang dan Minden Height, Gelugor, di sini.

“Menerusi maklumat berdasarkan aduan dan risikan, mereka didapati masuk ke negara ini bagi bekerja dalam sektor perkilangan tetapi disyaki bekerja di kedai runcit,” menurut kenyataan itu semalam.

JIM berkata, seramai tujuh yang ditahan adalah warga Bangladesh serta masing-masing seorang Nepal dan Myanmar berusia antara 25 hingga 40 tahun.

“Ketika pemeriksaan, tiada kelibat pemilik perniagaan dan premis terbabit dikendali oleh pekerja asing berkenaan.

“Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke depot bagi siasatan lanjut.

“Manakala siasatan ke atas majikan dan pemilik premis akan dilakukan serta dikenakan tindakan selaras dengan peruntukan undang-undang,” katanya.

SUMBER : HARIAN METRO

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments