Georgetown: Beberapa jalan di bandar raya ini ditutup sementara pada Khamis dan Sabtu ini bagi acara raptai perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 peringkat Pulau Pinang.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menerusi kenyataan hari ini berkata, laluan itu ialah persimpangan Jalan Sultan Ahmad Shah dan Jalan Larut; sebahagian Lebuh King dan sebahagian Lebuh Union dan Lebuh Pantai.
“Penutupan juga membabitkan persimpangan Jalan Masjid Kapitan Keling dan Lebuh Bishop; sebahagian Lebuh Penang iaitu antara Lebuh Light dan Lebuh Union serta persimpangan Gat Lebuh Chulia dan Pengkalan Weld.
”Penutupan jalan bermula 2 pagi hingga 1 tengah hari atau sehingga selesai acara pada 29 dan 31 Ogos ini,” katanya.
Justeru, orang ramai dinasihati merancang perjalanan dan mematuhi arahan pengawal lalu lintas bertugas pada hari berkenaan.
SUMBER : HMETRO

