Wednesday, January 14, 2026
UtamaJenayahKes tembak KLIA: Polis P.Pinang tingkatkan pemantauan

Kes tembak KLIA: Polis P.Pinang tingkatkan pemantauan

image 33

GEORGE TOWN : Polis Pulau Pinang akan meningkatkan kawalan, pemantauan di negeri ini dalam usaha mengesan suspek kes tembak di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam yang dipercayai meloloskan diri ke utara tanah air.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, pihaknya turut melaksanakan sekatan jalan raya bagi memastikan suspek tidak menjadikan Pulau Pinang sebagai lokasi meloloskan diri mahupun bersembunyi daripada diberkas pihak berkuasa.

“Selain meningkatkan risikan, kita juga akan edarkan gambar suspek kepada Unit Kereta Peronda (MPV) bagi tindakan lanjut,” katanya.

image 34
Mohd Alwi menggalas tugas sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang yang baharu menggantikan Mohamad Usuf yang dilantik Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan JSJ Bukit Aman.



Beliau berkata demikian pemberita selepas selesai majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang antara beliau dengan Datuk Mohamad Usuf Jan Mohamed di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Hamzah Ahmad.

Sumber : MalaysiaGazette

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments