Monday, October 13, 2025
UtamaHiburanMakanan'Dia memang 'hantu' nasi kandar, pelanggan tetap kami'

‘Dia memang ‘hantu’ nasi kandar, pelanggan tetap kami’

Laporan dan pemilik Nasi Kandar Sulaiman, Mohamed Imran - Gambar Sinar Harian

GEORGE TOWN: “Bukan gimik atau bertujuan ‘marketing’ tetapi memang selalu kami kongsikan di Facebook mengenai rekod harga makanan yang diambil pelanggan sama ada paling murah ataupun sebaliknya.”

Itu reaksi pemilik Nasi Kandar Sulaiman, Mohamed Imran Mohamed Yasin selepas kisah pelanggannya yang membayar RM218 untuk sepinggan nasi kandar menjadi sensasi dan mendapat perhatian warganet sejak Sabtu.

Nasi Kandar Sulaiman 2 2

Mohamed Yasin membantu anaknya, Mohamed Imran – Gambar Sinar Harian



Menurut Mohamed Imran, pelanggan setianya itu tidak kisah untuk membayar harga makanan berkenaan selepas memilih lauk 13 ekor udang dan 13 ekor sotong berserta lauk sampingan ketika menikmati hidangan berkenaan pada Sabtu.

Beliau berkata, sejak kecil lagi lelaki itu sering datang bersama keluarga menikmati nasi kandar di kedainya dan sebelum ini hanya menikmati makanan dengan harga sekitar RM60 sahaja.

“Boleh dikatakan setiap bulan dalam tiga atau empat kali dia akan datang makan di sini sama ada bersama keluarga, rakan-rakan atau dia datang bersendirian. Dia memang ‘hantu’ nasi kandar dan pelanggan tetap kami sejak bertahun lamanya.

“Tapi semalam dia datang dan cakap hendak pecahkan rekod. Dia juga kata sepatutnya orang Penang sendiri perlu pegang rekod itu (harga makanan termahal),” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Ahad.

Sumber : Sinar Harian

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments