Wednesday, April 22, 2026
UtamaBeritaSasar 150,000 tenaga kerja mahir industri menjelang 2030

Sasar 150,000 tenaga kerja mahir industri menjelang 2030

GEORGE TOWN, 21 November 2025 – Kerajaan Negeri menyasarkan untuk meningkatkan bilangan pekerja mahir seramai 150,000 dalam bidang kejuruteraan dan teknikal menjelang 2030.

Timbalan Ketua Menteri II, Jagdeep Singh Deo berkata demikian dalam Ucapan Penggulungan sempena Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang ke-15 dekat sini pada 20 November 2025.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datok Keramat itu, sasaran tersebut adalah sejajar dengan kemajuan pesat sektor elektrik dan elektronik (E&E), semikonduktor serta Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) yang dilancarkan pada 2024.

“Dengan sokongan kepimpinan negeri, pelaburan strategik dan pembangunan tenaga kerja tempatan, sasaran ini realistik dan mampu dicapai,” katanya.

Jagdeep yang juga Exco Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi turut menegaskan bahawa negara perlu bergerak lebih pantas menguasai teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dan digital untuk kekal berdaya saing.

“Perkembangan teknologi global yang bergerak pada kadar sangat pantas menuntut setiap negeri termasuk Pulau Pinang untuk memastikan dasar, latihan dan pembangunan bakat sentiasa seiring keperluan industri semasa,” jelasnya.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL
Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments