Saturday, May 16, 2026
UtamaBeritaPulau Pinang cerminan perpaduan kaum di Malaysia- Anwar

Pulau Pinang cerminan perpaduan kaum di Malaysia- Anwar

BUTTERWORTH- Keharmonian antara pelbagai kaum di Pulau Pinang menjadi bukti kukuh perpaduan masyarakat Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keharmonian itu turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang stabil di negeri berkenaan.

Jelasnya, keadaan tersebut mencerminkan semangat kesepaduan rakyat yang masih utuh dan terpelihara.

“Kerana politik ini stabil, rakyat berbagai kaum bersama-sama, kita tumpu pembangunan. Maka kita catat kepentingan ekonomi yang baik di Pulau Pinang. Jadi pusat semikonduktor.

“Pulau Pinang sebagai satu contoh. Mana ada negara, dengan masyarakat berbagai kaum, yang boleh menjaga keharmonian. Sebab itu kita salute orang Pulau Pinang, kita salute rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Bersama Perdana Menteri Peringkat Pulau Pinang di Pusat Konvensyen PICCA di sini pada 12 April 2025.

Turut hadir, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Sumber : Berita RTM

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments