Thursday, April 23, 2026
UtamaBeritaKerjasama komuniti Kampung Tok Keramat jaga kebersihan alam sekitar wajar dicontohi

Kerjasama komuniti Kampung Tok Keramat jaga kebersihan alam sekitar wajar dicontohi

PERAI – Kira-kira 100 orang penduduk Kampung Tok Keramat, Perai berganding bahu menjalankan aktiviti gotong-royong demi memastikan kawasan sekitar sentiasa berada dalam keadaan bersih dan lestari.

Datuk Bandar bagi Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Dato’ Baderul Amin Abdul Hamid berkata usaha yang ditunjukkan oleh penduduk Kampung Tok Keramat itu wajar dicontohi oleh semua pihak.

“Program Kempen Kesedaran Alam Sekitar dan Gotong-royong ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya penjagaan alam sekitar serta pelaksanaan Dasar Sisa Dipunca.

“Aktiviti yang dirangka dalam program ini termasuk taklimat mengenai pengasingan sisa di punca dan aktiviti gotong-royong bersama-sama penduduk kampung.

image 133
image 135

“Program seperti ini dapat menjadi platform untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan memelihara kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

“Selain itu, ia juga memberi peluang kepada penduduk untuk berganding bahu melaksanakan tanggungjawab sosial demi memastikan Kampung Tok keramat terus menjadi kawasan yang bersih, indah dan sihat untuk didiami,” katanya ketika berucap merasmikan program berkaitan dekat sini pada 19 Januari lalu.

Hadir sama, Ahli Majlis bagi MBSP, Datuk Mohd. Noor Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Tok Keramat, Tajuddin Zakaria.

Baderul Amin berkata, MBSP sebagai Pihak Berkuas Tempatan (PBT) sentiasa komited terhadap pembangunan mampan dan berusaha melaksanakan inisiatif yang memberikan manfaat kepada komuniti serta memastikan kelestarian alam sekitar.

“Justeru, saya menyeru kepada semua pihak supaya bersama-sama menyahut seruan Kerajaan Negeri dan MBSP dalam menggembleng tenaga untuk menjayakan program-program yang dianjurkan.

“Marilah bersama-sama menjadi masyarakat yang prihatin terhadap kepentingan menjaga alam sekitar sekitar dan terlibat secara aktif dalam menjayakan program seumpama ini,” katanya.

Oleh : SUNARTI YUSOFF

Gambar : MBSP

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments