Thursday, April 23, 2026
UtamaBeritaTahun Baharu Cina: Bas ulang alik percuma ke Bukit Bendera selama lima...

Tahun Baharu Cina: Bas ulang alik percuma ke Bukit Bendera selama lima hari

GEORGE TOWN: Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dengan kerjasama Rapid Bus Sdn Bhd dan Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan perkhidmatan bas ulang-alik percuma ke Bukit Bendera dari Komtar selama lima hari, sempena sambutan Tahun Baharu Cina.


PBBPP dalam kenyataan hari ini, memaklumkan perkhidmatan itu akan beroperasi dari 9 pagi hingga 9 malam dengan kerapan lapan perjalanan setiap hari bagi kedua-dua arah pada setiap satu jam dan 30 minit, bermula 29 Jan hingga 2 Feb ini.

Penumpang boleh menaiki perkhidmatan ulang-alik itu yang ditanda sebagai ‘Penang Hill Free Shuttle Service’ di hentian bas 9 Komtar di Jalan Ria iaitu laluan bawah bersebelahan kiosk Rapid Penang untuk ke Stesen Bawah Bukit Bendera dan sebaliknya.

“Bas ulang-alik ini turut direka mesra kerusi roda, dengan jadual perkhidmatan boleh didapati di laman web rasmi dan media sosial PBBPP,” menurut kenyataan itu.

PBBPP memaklumkan sejak dilancarkan pada 2023, perkhidmatan itu mendapat sambutan menggalakkan termasuk pada cuti akhir persekolahan 2024 baru-baru ini, yang merekodkan lebih 1,100 penumpang menggunakan perkhidmatan bas percuma itu.

Peningkatan yang konsisten dalam bilangan penumpang ini, menyerlahkan populariti perkhidmatan ulang-alik percuma dalam kalangan penduduk tempatan dan pengunjung, selain menunjukkan kejayaan usaha PBBPP menggalakkan penggunaan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.
— BERNAMA

Sumber : Astro Awani

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments