Dana pembangunan bagi gerakan koperasi di negeri Pulau Pinang merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang, di bawah kepimpinan YB Fahmi Bin Zainol, Exco bagi Agroteknologi, Keterjaminan Makanan, dan Pembangunan Koperasi.
Dana ini merupakan usaha kerajaan negeri dalam membantu gerakan koperasi serta menjadi titik tolak kepada usaha untuk memperkasakan pembangunan koperasi di negeri Pulau Pinang . Setiap koperasi yang memohon layak mendapat dana maksimum sebanyak RM 5,000.Tertakluk kepada terma dan syarat.
Dana tersebut dijangka bakal menjadi pemangkin bagi koperasi untuk menjana pendapatan yang lebih baik . Permohonan geran ini boleh dihantar melalui imbasan kod QR yang disertakan atau borang juga boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Koperasi dan Pejabat EXCO.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Oktober 2024.

