Saturday, April 18, 2026
UtamaBerita202 mangsa banjir di Pulau Pinang terima sumbangan khas PM

202 mangsa banjir di Pulau Pinang terima sumbangan khas PM

BUTTERWORTH – Seramai 202 ketua isi rumah yang terjejas dengan banjir di Pulau Pinang menerima sumbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Perdana Menteri dan Kerajaan sangat prihatin dan terkesan dengan mereka yang diuji dengan musibah banjir ini.

Menurutnya, selepas turun meninjau sendiri keadaan mangsa banjir dan menyampaikan sumbangan di Kedah, Perdana Menteri tidak melupakan rakyat yang terjejas dengan bencana sama di Pulau Pinang.

“Sumbangan khas sebanyak RM500 diberikan Perdana Menteri kepada keluarga terkesan yang berdaftar dengan pusat pemindahan sementara (PPS) dan akan disusuli dengan bantuan RM1,000 Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Mudah-mudahan dengan bantuan ini dapat membantu meringankan beban mereka untuk memperbaiki apa yang rosak selepas daripada banjir ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan bantuan kepada mangsa bencana di Dewan Besar Sungai Dua, di sini pada Selasa.

Sementara itu beberapa penerima yang ditemui menzahirkan rasa syukur atas keprihatinan Perdana Menteri yang membantu mereka yang ditimpa kesusahan akibat bencana baru-baru ini.

image 173
Hamid

Bagi Hamid Hashim, 69, yang tinggal di Kampung Lahar Yooi, banjir yang berlaku mengakibatkan perabut dan barangan elektrik di rumahnya rosak.

Katanya, dengan wang sumbangan yang diterima akan digunkan untuk membeli almari dan katil yang rosak serta barangan keperluan lain.

“Syukur sangat dengan bantuan yang diterima ini, ia sedikit sebanyak membantu meringankan beban kami di sini,” katanya.

image 175
Mohd Azhari

Seorang lagi penerima, Mohd Azhari Yaacob, 57, berkata, banjir yang berlaku baru-baru ini mengakibatkan dia kerugian lebih RM15,000 selepas kesemua barangan didalam rumahnya rosak ditenggelami air.

“Banjir kali ini air naik mendadak dan menyebabkan kami tidak sempat menyelamatkan barang dan perabut di rumah.

“Beberapa hari juga kami terpaksa tinggal di PPS, namun syukur kerana semua kebajikan kami dijaga dengan baik,”katanya lagi.

image 177
Mary

Turut berkongsi rasa sama, Mary Nanthan, 65, dari Kampung Stesen, Nibong Tebal yang memaklumkan sumbangan diterima akan digunakan untuk membeli katil berikutan dia tidak boleh tidur di lantai atau sofa berikutan menghidapi sakit di bahagia pinggang.

“Gembira sangat dengan bantuan yang diterima ini, boleh lah saya beli katil baharu kerana semua sudah tenggelam dalam banjir yang berlaku baru-baru ini,” katanya.

SUMBER : SINAR HARIAN

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments