Saturday, April 18, 2026
UtamaBerita98 mangsa ribut di Kepala Batas terima bantuan awal

98 mangsa ribut di Kepala Batas terima bantuan awal

Kepala Batas: Insiden ribut yang menjejaskan puluhan rumah di Seberang Perai Utara, di sini, minggu lalu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Ketua Penerangan Umno Bahagian Kepala Batas, Mohd Naim Salleh berkata, terdapat seramai 98 pemilik rumah yang terkesan dengan bencana alam itu.

Berikutan itu, menurutnya, sumbangan awal diusahakan bagi membantu mereka yang memerlukan sementara menunggu bantuan daripada agensi berkaitan.

“Ribut yang melanda beberapa kawasan di sekitar Kepala Batas minggu lalu menyebabkan banyak rumah mengalami kerosakan akibat dihempap pokok dan bumbung pula diterbangkan angin.

“Sehubungan itu, Datuk Seri Reezal Merican mengusahakan sumbangan awal kepada 98 pemilik rumah yang terjejas.

“Jumlah sumbangan awal yang diberikan berdasarkan tiga kategori kerosakan rumah dengan nilai antara RM300 hingga RM500 seorang,” katanya di sini, semalam.

Terdahulu, Mohd Naim bersama Pegawai Penyelaras Kadun Pinang Tunggal, Muhasdey Mohammad, Ketua Amanah Kepala Batas, Ramli Omar dan Naib Ketua Umno Bahagian Kepala Batas mewakili Reezal Merican menyampaikan sumbangan itu di Dewan Kariah Masjid Ar Rahman Permatang Rambai.

Hadir sama, Penyelaras Bencana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seberang Perai Utara Salbiah Samsudin.

Mohd Naim berkata, beliau berharap sumbangan awal itu sedikit sebanyak dapat memberikan kelegaan dan membantu memenuhi keperluan sementara buat semua penduduk yang terjejas.

SUMBER : HARIAN METRO

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments