Tuesday, April 21, 2026
UtamaBeritaSK Wellesley lahir insan cemerlang lancar logo 100 tahun

SK Wellesley lahir insan cemerlang lancar logo 100 tahun

GEORGE TOWN – Setelah 100 tahun menjadi wadah untuk anak bangsa menimba ilmu dan melahirkan insan-insan cemerlang serta tokoh-tokoh terunggul dari Pulau Pinang, Sekolah Kebangsaan (SK) Wellesley kini bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-100.

Bersempena itu, SK Wellesley yang ditubuhkan pada tahun 1925 dan dahulunya dikenali sebagai Hillview Government School sebentar tadi melancarkan logo 100 tahunnya yang mana ia disempurnakan oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow.

Kon Yeow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota menyatakan bahawa pada hari ini, iaitu 99 tahun selepas penubuhan, semua pihak berkaitan berkumpul bagi melancarkan Logo Sempena Ulang Tahun Ke-100 SK Wellesley yang akan disambut pada tahun hadapan.

image 96

“Tempoh 100 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat untuk memelihara budaya, tradisi dan keberlangsungan proses pelajaran dan pembelajaran seperti yang dilakukan oleh pihak sekolah.

“Saya percaya pelbagai aktiviti telah dirancang menjelang sambutan ulang tahun 100 tahun berkenaan yang mana ia akan menyemarakkan suasana pembelajaran serta kemudahan di sekolah tersebut bagi melahirkan modal insan berkualiti.

“Berkaitan surat permohonan pemasangan penghawa dingin yang diterima sebelum ini, saya dengan ini bersetuju meluluskan RM31,000 bagi tujuan pemasangan enam unit peralatan tersebut di dewan SK Wellesley ini,” ujarnya bersempena Majlis Pelancaran Logo 100 Tahun SK Wellesley di sini pagi semalam.

Hadir sama, Guru Besar SK Wellesley, Edi Osman Ahmad; Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Wellesley, Mohamed Rizwan Abdul Gafoor Khan dan Pengerusi Penang Port Berhad, Dato’ Seri Syed Mohamad Syed Murtaza.

Berhubung status warisan yang diketengahkan sebelum ini, Kon Yeow menyerahkannya kepada pihak sekolah untuk membuat permohonan di peringkat negeri mahupun pusat dalam meniti usia satu abad berkenaan.

Gambar : LAW SUUN TING

Video : DARWINA MOHD. DAUD

SUMBER : BULETIN MUTIARA

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments