UtamaBerita18 GLC Disusun Semula Strategik, Kerajaan Negeri Fokus Kecekapan Operasi

18 GLC Disusun Semula Strategik, Kerajaan Negeri Fokus Kecekapan Operasi

Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang melaksanakan kajian menyeluruh bagi memperkukuh peranan, prestasi dan keberkesanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melalui penyusunan semula 18 GLC kepada 11 kluster strategik.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow, berkata langkah tersebut bertujuan mengurangkan pertindihan fungsi, mengoptimumkan kos operasi serta memastikan mandat setiap GLC selari dengan keutamaan pembangunan sosioekonomi negeri.

Penyusunan semula itu juga diharap dapat meningkatkan kecekapan pengurusan dan penyelarasan antara syarikat dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Menurut Chow, Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) telah melantik sebuah firma perunding bagi menjalankan kajian strategik menyeluruh selama setahun untuk menilai hala tuju, struktur organisasi serta keberkesanan operasi GLC negeri.

Kajian berkenaan melibatkan penelitian terhadap fungsi dan tanggungjawab setiap syarikat supaya penyusunan semula dapat dilaksanakan berdasarkan keperluan sebenar.

Sesi libat urus bersama semua GLC telah selesai pada Oktober 2026, sekali gus membolehkan pandangan dan maklum balas syarikat diambil kira dalam penyediaan laporan kajian tersebut.

Dalam perkembangan sama, Chow memaklumkan bahawa laporan kajian strategik dijadualkan dibentangkan pada Disember 2026, sebelum dimuktamadkan pada Februari 2027.

Hasil kajian itu akan menjadi asas kepada langkah penambahbaikan yang bersesuaian bagi memastikan GLC negeri dapat beroperasi secara lebih tersusun, cekap dan berkesan.

Kerajaan Negeri berharap penyusunan kepada 11 kluster strategik dapat memperkukuh penyampaian perkhidmatan, penggunaan sumber kewangan serta peranan GLC dalam menyokong pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Pulau Pinang

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments