UtamaBeritaEXPERT 2026 Himpun 259 Lot Niaga, Perkukuh Ekosistem Usahawan Dan Industri Halal...

EXPERT 2026 Himpun 259 Lot Niaga, Perkukuh Ekosistem Usahawan Dan Industri Halal Pulau Pinang

Ekspo PERDA (EXPERT) 2026 melabuhkan tirai selepas berlangsung buat kali kelima dengan mengetengahkan tema “Sinergi Halal: Memperkasa Usahawan, Memacu Ekonomi”.

Majlis penutupan di Midtown PERDA disempurnakan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid.

EXPERT 2026 menampilkan sebanyak 259 lot niaga dan reruai pameran perkhidmatan, dengan sasaran nilai jualan serta pemerolehan kontrak melebihi RM2 juta.

Ekspo berkenaan menjadi platform mempertemukan kerajaan, agensi, usahawan, pemain industri dan sektor swasta bagi membuka peluang perniagaan, padanan perniagaan serta membina jaringan strategik.

Menurut Mohamad, Kerajaan Negeri terus memberi perhatian kepada pembangunan industri halal melalui kerjasama pelbagai agensi termasuk Penang Halal International (PHI) dan Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP.

Usaha memperkasa usahawan dan industri halal itu turut selari dengan aspirasi Penang2030 dan Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030) dalam memperkukuh ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat secara inklusif.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments