Thursday, April 16, 2026
UtamaBeritaKerajaan Pulau Pinang salur RM2.42 juta perkasa pendidikan SJKT

Kerajaan Pulau Pinang salur RM2.42 juta perkasa pendidikan SJKT

Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperkukuh pendidikan inklusif dengan menyalurkan RM2.42 juta kepada 28 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) bagi meningkatkan kemudahan sekolah serta memperkasa pendigitalan dan kemahiran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata inisiatif itu selaras dengan Visi Penang2030 yang menekankan pembangunan bakat dan pendidikan berkualiti, dengan memastikan pelajar SJKT bukan sekadar menerima bantuan, tetapi menjadi pemacu masa depan negeri. Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Cek Cura Sumbangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada SJKT, Tadika, Pusat Pendidikan Punjabi dan Telegu.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri II, Jagdeep Singh Deo; Exco Perumahan dan Alam Sekitar, Dato’ Seri S. Sundarajoo merangkap Pengerusi Jawatankuasa Khas Sekolah-Sekolah Tamil; Exco Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar & Desa, Jason H’ng Mooi Lye; dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Azrul Mahathir Aziz.

Daripada jumlah peruntukan, RM768,901 disalurkan kepada 28 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJKT, RM194,400 kepada 11 tadika SJKT, dan RM1.336 juta kepada Penang Education Council (PEC) bagi memperkukuh infrastruktur digital dan kemahiran STEM. Selain itu, RM120,000 diberikan kepada tiga pusat pendidikan Punjabi dan RM30,000 kepada persatuan Telegu.

Kon Yeow turut memaklumkan pemantauan projek pembinaan bangunan baharu termasuk SJKT Rajaji, SJKT Ladang Byram serta usaha menyediakan tapak bagi SJKT Ladang Batu Kawan. Kerajaan Negeri juga berusaha melengkapkan SJKT dengan papan pintar dan teknologi digital.

Sementara itu, Sundarajoo memaklumkan usaha menambah baik infrastruktur termasuk penggantian kerusi dan meja, penyediaan tempat ibadat serta latihan kapasiti kepada guru dan pentadbir sekolah. Jagdeep pula menegaskan kepentingan pendidikan STEM kepada komuniti Tamil, Punjabi dan Telegu sejajar aspirasi pembangunan mampan Pulau Pinang.

Kumaran turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sokongan berterusan, dengan penyaluran RM2.42 juta kepada SJKT, tadika, pusat pendidikan Punjabi dan Persatuan Telugu memasuki tahun ketiga tahun ini.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments