GEORGE TOWN, 26 Oktober 2025 – Sebanyak tujuh buah pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka dibuka di tiga daerah di Pulau Pinang setakat pukul 9 pagi tadi bagi menempatkan 1,049 mangsa banjir dari 292 keluarga.
Menurut laman web info bencana JKM, bagi daerah Seberang Perai Utara (SPU) empat buah PPS telah dibuka dan ia menempatkan seramai 781 mangsa dari 214 keluarga.
”Bagi daerah Seberang Perai Tengah (SPT), dua PPS dibuka yang mana ia menempatkan 234 mangsa dari 68 keluarga. Selain itu, satu PPS dibuka di daerah Barat Daya menempatkan 34 mangsa dari 10 keluarga,” katanya di sini, hari ini. -KOSMO! ONLINE
Sumber : Kosmo Online

