Sunday, October 26, 2025
UtamaBeritaBanjir kilat: Lima PPS dibuka di Pulau Pinang

Banjir kilat: Lima PPS dibuka di Pulau Pinang

GEORGETOWN, 24 Oktober – Lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Pulau Pinang susulan hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

Daripada jumlah itu, masing-masing dua PPS dibuka di Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Utara (SPU), manakala sebuah PPS dibuka di daerah Barat Daya.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang, Kolonel (PA), Lokman Hakim Abdul Rahman ketika dihubungi RTM memaklumkan, seramai 73 penduduk terjejas daripada 18 keluarga kini berlindung di kesemua PPS berkenaan.

DUA PPS dibuka di SPU melibatkan Pusat Penempatan Banjir Lebuh Banting dan Sekolah Kebangsaan (SK) Lahar Yooi.

Manakala PPS dibuka di Barat Daya melibatkan SK Tan Sri Awang Had Salleh.

Dua lagi PPS di SPT sedang dikenal pasti.

Sumber: Berita RTM

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments