Tuesday, October 28, 2025
UtamaBeritaMBPP tampilkan lebih banyak acara menarik sempena Hari Pendidikan Awam 15 November...

MBPP tampilkan lebih banyak acara menarik sempena Hari Pendidikan Awam 15 November ini

GEORGE TOWN , 22 Oktober 2025 – Hari Pendidikan Awam Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kembali bagi edisi kedua pada 15 November ini dengan menampilkan pelbagai acara yang lebih menarik untuk seisi keluarga.

Datuk Bandar MBPP, Dato’ Ir. A. Rajendran berkata program yang bakal berlangsung di Padang Kota Lama dari jam 7 pagi hingga 12 tengah itu menyasarkan kehadiran pengunjung melebihi 3,000 orang.

Antara aktiviti yang disediakan termasuk acara 3 kilometer (km) Fun Walk di sekitar bandar George Town, pameran oleh jabatan-jabatan MBPP dan aset Majlis serta pameran daripada agensi dan jabatan luar.

Pertandingan mewarna kanak-kanak, senamrobik, permainan Soopa Doopa, sesi perkongsian agensi, program kitar semula Trash for Cash dan banyak lagi dijangka akan memeriahkan lagi penganjuran program tersebut.

MBPP juga akan menawarkan pengurangan kadar kompaun MBPP dengan pembayaran hanya boleh dibuat secara ‘wall in’ di kaunter Jabatan Perbendaharan.

“Pendaftaran bagi acara 3km Fun Walk akan dibuka pada 24 Oktober 2025 dengan jumlah penyertaan terhad kepada 500 peserta sahaja.

“Yuran penyertaan adalah sebanyak RM10 bagi setiap peserta yang mana peserta akan menerima sehelai t-Shirt… mereka yang berminat untuk menyertai acara ini boleh melayari laman web Howei (https:// howei.com/) untuk mendaftar,” katanya pada sidang media dekat Komtar di sini pagi tadi.

Hadir sama, barisan Ahli Majlid bagi MBPP yang tersiri daripada Benji Ang Ming Quan; Chan Goon Aun; Koay Gaik Kee; Mohamed Yusoff Mohamed Noor; Lee Wei Seang; T. Visvenathan dan Dato’ Abdul Razak Abdul Rahman.

image 117

Rajendran berkata, penganjuran Hari Pendidikan Awam MBPP adalah bertujuan memberi pemahaman kepada orang awam mengenai fungsi, dasar dan inisiatif serta pencapaian jabatan-jabatan di dalam Majlis.

“Tidak semua orang berpeluang mengenali peranan setiap jabatan bagi mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh Majlis.

“Oleh itu, sebanyak 15 jabatan Majlis akan turun padang bagi menyantuni orang ramai yang berkunjung ke reruai pameran Hari Pendidikan Awam MBPP.

“Pengunjung dapat berinteraksi terus dengan pegawai Majlis, mendapatkan maklumat perkhidmatan serta menyalurkan cadangan untuk
penambahbaikan bandar raya.

“Pihak Majlis juga bekerjasama dan berterima kasih kepada agensi luar yang sudi turut serta bagi ( memberi pemahaman kepada orang ramai antaranya seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang, Jabatan Penjara Pulau Pinang, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan lain-lain,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa program Hari Pendidikan Awam juga bermatlamat untuk memperkukuh pendekatan pendidikan sivik dalam konteks pentadbiran tempatan.

“Program ini lahir daripada hasrat untuk menjadikan bandar raya kita bukan sekadar tempat tinggal tetapi juga ruang bagi pembelajaran sosial.

“Di samping itu, MBPP mahu rakyat memahami bahawa pembangunan bandar bukan hanya tanggungjawab Majlis tetapi juga hasil kerjasama dan sikap prihatin masyarakat.

“Melalui program ini, kami mahu yang nilai sense of ownership terhadap kebersihan, keindahan dan keharmonian bandar dapat ditanam dalam hati setiap warga Pulau Pinang.

“Justeru, saya berharap agar semua lapisan masyarakat dapat hadir memeriahkan program ini serta menjadi sebahagian daripada usaha membentuk masyarakat yang mempunyai nilai sivik dan sayang terhadap bandar raya ini,” ujarnya sambil menambah bahawa pihaknya berhasrat menjadikan program tersebut sebagai acara tahunan rasmi MBPP.

Oleh : SUNARTI YUSOFF
Gambar : MOHAMMAD IQBAL HAMDAN

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments