Monday, October 13, 2025
UtamaBeritaPM Anwar terbuka dengar pandangan penjawat awam- Mohd Zuki

PM Anwar terbuka dengar pandangan penjawat awam- Mohd Zuki

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang sentiasa terbuka mendengar pandangan dan cadangan daripada penjawat awam.

Malah, Mohd Zuki, yang juga Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), berkata Anwar amat menekankan kebajikan penjawat awam dan ia terbukti dengan keputusan kerajaan untuk menyemak semula gaji penjawat awam melalui pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

“Beliau menghormati penjawat awam dan amat terbuka (mendengar) pandangan dan idea yang dikemukakan mereka.

“Perkara ini antara yang saya belajar daripada beliau, iaitu berilah peluang kepada orang bawah untuk memberikan pandangan,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Mantan KSN dan Apresiasi Pasukan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) di sini malam tadi.

Melalui SSPA yang berkuat kuasa pada 1 Disember tahun lalus, pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memilih skim itu akan menerima pelarasan gaji sebanyak 15 peratus secara berfasa manakala Kumpulan Pengurusan Tertinggi pula menerima pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus secara berfasa.

Mohd Zuki dilantik sebagai KSN pada 31 Disember 2019 dan bersara pada 10 Ogos 2022 sebelum kontraknya disambung selama dua tahun.

Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Nanyang University, Singapura mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai penjawat awam selama lebih 32 tahun dan pernah bertugas di Istana Negara serta Jabatan Perdana Menteri.

Sumber : Berita Harian

RELATED ARTICLES

1 komen

  1. Pendekatan terbuka YAB Perdana Menteri dalam mendengar pandangan penjawat awam menunjukkan komitmen kerajaan terhadap tadbir urus yang inklusif dan responsif. Langkah ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara pemimpin dan penjawat awam, malah meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam. Telkom University Jakarta menyokong usaha kepimpinan yang mengutamakan dialog dan keterbukaan dalam membina pentadbiran yang progresif.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments